Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
140) SUKAN DAN REKREASI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk memajukan sukan bagi setiap daerah?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah mewujudkan Majlis Sukan Daerah yang bertanggungjawab menjalankan program–program pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Jenis–jenis peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Daerah untuk memajukan sukan adalah seperti berikut:-
Penyediaan Pasukan Daerah untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) yang diadakan setiap dua tahun sekali. ii. Program Pembangunan di bawah Majlis Sukan Daerah (MSD) iii. Program Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD) iv. Akademi Bolasepak Merah Kuning Daerah – daerah (ABMK)
-
Berapa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk sukan bagi setiap DUN?
Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada peruntukan khusus untuk program sukan bagi setiap DUN kerana peruntukan yang sedia ada adalah melalui daerah seperti yang dinyatakan di (a).
Pihak Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM40 ribu setiap DUN untuk kemudahan baikpulih dan penyelenggaraan infrastruktur di setiap DUN melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).