Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

137) TERMINAL BAS SEMENYIH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah bas Smart Selangor diperuntukkan bagi laluan Beranang-SemenyihKajang? Jika ada, berapa banyak yang diperuntukkan?

    Adalah dimaklumkan, MPKj masih belum mempunyai peruntukan cadangan bagi laluan Beranang-Semenyih-Kajang untuk tahun 2018.

    Disamping itu, cadangan laluan baharu bas Smart Selangor tertakluk kepada peruntukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor mempunyai lebihan peruntukan bagi tambahan laluan di kawasan tersebut, pihak MPKj bersedia membuat kajian dan cadangan laluan baharu.

  2. Apakah nasib Terminal Bas Semenyih di Semenyih Sentral? Adakah akan diteruskan sebagai terminal bas atau diubah kepada bangunan serba guna yang boleh memberi manfaat kepada awam seluruhnya?

    Pihak Majlis Perbandaran Kajang masih meneliti permohonan serta cadangan dari pihak syarikat dan individu luar bagu membangunkan terminal bas tersebut untuk pelbagai kegunaan . Walaubagaimanapun berhubung status perubahan terminal bas tersebut, ianya perlu di kaji semula memandangkan status dan kegunaan bangunan tersebut adalah sebagai Kawasan Terminal Bas di Semenyih.

  3. Apakah usaha-usaha dan rancangan yang dilakukan bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam di Semenyih?

    Dimaklumkan bahawa pada masa kini pihak Majlis masih belum mempunyai perancangan yang khusus dalam menambahbaik sistem pengangkutan di Semenyih. Walau bagaimanapun, pihak Majlis komited dalam memberi perhatian dalam penyediaan sistem pengangkutan yang efisyen kepada seluruh penduduk di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Lampiran

Tiada Lampiran.