Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
69) PEMBANGUNAN KAWASAN BROWNFIELD LEMBAH BERINGIN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan cadangan-cadangan yang terkandung dalam kajian Pelan Tindakan Khas Pembangunan Kawasan Brownfield Lembah Beringin.
Cadangan Umum yang terdapat di dalam Laporan Pelan Tindakan Khas Pembangunan Brownfield Lembah Beringin adalah seperti berikut :
- Cadangan Lembah Beringin sebagai Bandar Hijau Berdayahuni
- Cadangan Lembah Beringin sebagai Bandar Pelancongan dan Riadah Seisi Keluarga
- Cadangan Pusat Beli Belah Barangan Berjenama di Utara Selangor
- Cadangan Lembah Beringin Sebagai Hub Pendidikan dan Institusi Latihan
Terdapat juga cadangan-cadangan lain yang menjurus kepada pembangunan semula kawasan-kawasan brownfield sedia ada, cadangan menambah kemudahan awam seperti Klinik Kesihatan, Masjid, Pusat Penjaja, Kebun Komuniti perluasan rangkaian jalan raya dan cadangan untuk membawa Bas Smart Selangor ke Lembah Beringin.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu-isu yang telah dikenalpasti dalam kajian Pelan Tindakan Khas Pembangunan Kawasan Brownfield Lembah Beringin?
Dapatan kajian telah dibentangkan oleh MDHS di dalam Jawatankuasa Tetap Perumahan dan pihak jawatankuasa akan meneliti kajian berkenaan. Selain itu, pihak MDHS dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara telah mengadakan lawatan ke Lembah Beringin bagi mengenalpasti cadangan yang bersesuai untuk dilaksanakan.