Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

34) PERTANIAN KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kampung tradisi yang bergantung hasil kepada pertanian dan komoditi seperti kelapa, kelapa sawit, dan padi? Apakah Kerajaan Negeri ada menyediakan skim bantuan pemulihan tanah sawah yang sudah berasid akibat penggunaan racun dan baja?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan peruntukan sebanyak RM 1.08 juta bagi pembangunan industri kelapa dan RM 2.2 juta bagi program peningkatan hasil padi. Bagi program peningkatan hasil padi, salah satu aktiviti program ini adalah pemulihan tanah berasid. Jabatan Pertanian memberi bantuan dalam bentuk input kapur dengan kerja-kerja menabur dengan kadar 5 metrik tan per lot sawah (1.2 ha) bagi meningkatkan pH tanah daripada 4.5 kepada 6.5. Bagi tahun ini, kerja-kerja mengapur tanah sawah sedang dijalankan di kawasan Pasir Panjang Timur.

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengurangan hasil sawah padi akibat daripada serangan penyakit dan apakah alternatif Kerajaan bagi membantu pesawah supaya pendapatan mereka tidak terjejas akibat daripada serangan penyakit?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor menyediakan peruntukan bagi tujuan kawalan makhluk perosak. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian turut menggiatkan penggunaan bahan organik dan mikrob bagi mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia yang berbahaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.