Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

33) PEMBANGUNAN KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek perumahan rakyat di Taman Air Manis Sabak Bernam yang dijalankan oleh PNSB dan apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini memberi nilai kepada penduduk setempat untuk diberi peluang memiliki rumah mampu milik tersebut?

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina pintu gerbang yang memisahkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak di kawasan Sabak?

    JKR Selangor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina pintu gerbang yang memisahkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak di kawasan Sabak.

  3. Kompleks Stadium Sabak Bernam mempunyai tanah yang belum dibangunkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan sebuah kolam renang awam bagi kegunaan penduduk Sabak?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk membangunkan sebuah kolam renang awam bagi kegunaan penduduk Sabak Bernam berikutan kos pembinaan dan penyelenggaraan yang

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor akan melihat keperluannya pada masa akan datang kerana Kerajaan Negeri perlu melihat beberapa aspek sebagai asas pertimbangan seperti permintaan dan kadar penggunaannya yang tinggi daripada penduduk setempat dan demografik yang strategik bagi pembinaan kolam renang ini supaya ianya bermanfaat kepada rakyat disamping tiada pembaziran dan tidak menjadi gajah putih.

Lampiran

Tiada Lampiran.