Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

24) BENCANA ALAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bencana alam yang telah berlaku pada tahun 2017-2018.

    Statistik Bencana Alam yang telah berlaku pada tahun 2017 dan tahun 2018:

  2. Nyatakan kos, masa dan tindakan yang telah ambil atas kejadian bencana alam.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah wang ihsan dan kos operasi yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor mengikut daerah dan tahun adalah seperti jadual berikut:

    i. Sumbangan Wang Ihsan bagi tahun 2017 dan tahun 2018:

    ii. Kos Operasi bagi tahun 2017 dan tahun 2018:

    Penyelarasan pengurusan bencana dari segi bantuan dan teknikal bersama semua agensi yang berkaitan perlu diselaraskan dalam tempoh 24 jam daripada tempoh berlakunya sesuatu bencana.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana alam melalui Smart Disaster Management di bawah inisiatif Smart Selangor dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU). Perincian pelan tindakan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Pelaksanaan Smart Selangor Command Centre (SSCC) oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Menteri Besar (Pemerbadanan) yang memantau parameter dan petunjuk cuaca.
    2. Pemantauan Satelit dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).
    3. Pemantauan udara melalui Unmanned Aerial Vehicle (UAV) secara berkala di kawasan berisiko bencana.
    4. Pemantauan Peta Bahaya Risiko Cerun (PBRC) melalui sistem NatSIS dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanah tinggi melalui teknologi LiDAR dan satelit.
    5. Pelaksanaan Working Group bagi menilai risiko dan merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan penilaian risiko, analisis data dan parameter cuaca.
    6. Pengukuhan aset dari semasa ke semasa.

     

    Kerajaan Negeri Selangor juga telah menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2013 bertarikh 2 Oktober 2013 berfungsi sebagai pasukan Bantuan Awalan dan Kecemasan.

  3. Nyatakan SOP penyelesaian kejadian bencana alam yang menglibatkan nyawa dan tidak melibatkan nyawa.

    Berdasarkan Lampiran J dan K, Arahan No. 20 (semakan semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Garis panduan dalam pengendalian kejadian bencana adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.