Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

20) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapa rumah mampu milik telah siap dan tengah dibina.

    Sehingga 15 Ogos 2018, sebanyak 19 Projek (3,770 unit rumah) telah pun siap dan diserahkan kunci. Manakala, sebanyak 35 Projek (24,869 unit rumah) sedang dalam pembinaan yang dijangka akan siap bermula dari tahun 2018 sehingga 2021.

  2. Berapa peruntukan yang telah digunakan untuk Rumah Mampu Milik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menetapkan dasar Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku kepada semua pembangunan kediaman di Negeri Selangor. Pembangunan Rumah Mampu Milik ini disyaratkan kepada pemaju dan dibina secara “cross subsidy” daripada keuntungan penjualan rumah harga bebas. Oleh yang demikian kos membangunkan Rumah Mampu Milik ini tidak menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri.

  3. Berapa peratusan dan jumlah rumah yang telah berjaya dijual dan dipindah masuk?

    Sehingga 15 Ogos 2018, sebanyak 23,545 pemohon telah berjaya ditawarkan Rumah Selangorku yang merangkumi 82% daripada jumlah Rumah Selangorku dalam pembinaan (28,639). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,770 unit Rumah Selangorku telah pun disiapkan dan telah diserahkan kunci kepada para pembeli untuk diduduki.

Lampiran

Tiada Lampiran.