Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
1) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek pembinaan dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan oleh pihak JKR di Kampung Bukit Kapar?
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Laluan B1 & B202 dari Pekan Meru ke Puncak Alam, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Antara skop projek yang terlibat adalah pengalihan utiliti, menaiktaraf longkang-longkang tanah di sepanjang laluan dan melebar serta menaiktaraf jambatan sempit. Peratus kemajuan kerja di tapak adalah seperti berikut – 95.75% (Jadual) berbanding 96.23% (Sebenar) dan antara kerja-kerja yang sedang berjalan di tapak adalah kerja roadbase, kerja pembinaan cerun dan pembinaan roadkerb.
-
Berapakah kos pembinaan dan bilakah akan siap?
Kos keseluruhan projek ini berjumlah RM 49, 891, 332.05 dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Oktober 2018.
-
Apakah sebabnya projek ini masih belum siap sehingga kini?
Antara punca yang menyebabkan kelewatan projek ini adalah isu –isu yang berkaitan dengan pengalihan dan penyambungan utiliti TNB dan Air Selangor.