Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
220) TANAH REZAB MELAYU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan dan milikan Tanah Rezab Melayu yang masih kekal sehingga Jun 2018?
Untuk makluman Yang Berhormat, rekod khusus yang didapati melalui aplikasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah bagi jumlah hakmilik dan keluasan hakmilik Tanah Rezab Melayu yang masih kekal sehingga Jun 2018 adalah sebanyak 161,881 hakmilik iaitu 280,880 hektar (694,069.60 ekar). Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
JUMLAH HAKMILIK DAN KELUASAN TANAH REZAB MELAYU MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2015-2017
BIL
DAERAH
BILANGAN HAKMILIK JUMLAH KELUASAN (HEKTAR) 1 GOMBAK 7,042 9,257.52 2 PETALING 2,800 5,174.85 3 HULU SELANGOR 10,939 10,824.14 4 KUALA SELANGOR 19,914 22,912.60 5 HULU LANGAT 16,190 56,797.13 6 KUALA LANGAT 18,988 25,248.38 7 SABAK BERNAM 28,005 74,466.34 8 KLANG 32,429 30,342.77 9 SEPANG 25,574 45,856.40 JUMLAH 161,881 280,880 *Sumber: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) sehingga 23 Ogos 2018
-
Berapakah jumlah keluasan dan/atau milikan Tanah Rezab Melayu yang diberi kelulusan oleh MMKN untuk dipindah milik kepada bukan Bumiputera dari tahun 2008 sehingga 2018?
Tiada sebarang transaksi atau kelulusan yang diberikan oleh MMKN untuk memindah milik Tanah Rezab Melayu kepada Bukan Bumiputera kerana hanya Bumiputera Melayu sahaja yang boleh memiliki Tanah Rezab
Walau bagaimanapun, bagi pemilikan sedia ada Bukan Bumiputera dalam Tanah Rezab Melayu, pemilik adalah pemilik asal yang menduduki Rezab Melayu, bukan melalui kelulusan pindah milik oleh MMKN.