Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

216) TEBING DAN BANJIR DI SUNGAI KAYU ARA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan bajet JPS Selangor untuk memperkukuhkan tebing Sungai Kayu Ara di seluruh bawah DUN Bandar Utama?

    Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah melantik perunding rekabentuk bagi Projek Pengukuhan Tebing Sungai Kayu Ara. Skop utama rekabentuk meliputi kerja-kerja pengukuhan dan pembaikan Tebing Sungai Kayu Ara, pembinaan struktur ‘energy dissipator’ dan pembinaan kolam takungan Anggaran kos perlaksanaan projek ini adalah RM4 Juta.

    Status pelaksanaan rekabentuk projek ini adalah sebagaimana berikut: Perunding                 :           Perunding FZS

    Kos Perunding         :           RM281,870.00

    Tarikh Mula               :           16.10.2017

    Tarikh Siap                :           15.06.2019

    Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor masih lagi berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan projek ini. Ia dijangka dapat dimulakan setelah peruntukan diperolehi.

  2. Apakah rancangan dan bajet JPS Selangor untuk mendalamkan laluan Sungai Kayu Ara di kawasan Kampung Chempaka yang kerap banjir sejak kebelakangan ini?

    Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan Sungai Kayu Ara memandangkan kedalaman sediada masih mengikut aras rekabentuk kedalaman Sungai Kayu Bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Chempaka, Projek Pengukuhan Tebing Sungai Kayu Ara sebagaimana para (a) di mana skop projek iaitu pembinaan kolam takungan banjir dan pembinaan struktur ‘energy dissipator’

    dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

    Maklumat Tambahan:

    Punca masalah banjir yang berlaku di Kampung Chempaka adalah kerana kawasan berkenaan berada di kawasan rendah. Ini menyebabkan Kg Chempaka sering dilanda banjir kilat sekiranya berlaku hujan lebat kerana semua air larian permukaan akan tertumpu di kawasan rendah iaitu Kg Chempaka sebelum keluar ke sungai Kayu Ara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.