Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
209) TARIF AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tarif air di Selangor berbanding negeri-negeri lain.
Kadar tarif pengguna domestik di Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain di di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:-
Negeri Kadar Tarif Pulau Pinang 0 – 20m³ @ RM0.22/m³ ˃20m³ – 40m³ @ RM0.46/ m³
˃40m³ – 60m³@ RM0.68/ m³
˃60m³ – 200m³@ RM1.17/ m³
˃200m³@ RM1.30/ m³
Surcaj : RM0.48/ m³ bagi penggunaan air lebih dari 35/ m³ sebulan
Caj minimum : RM2.50
Perak 0 – 10m³ @ RM0.30/m³ ˃10m³ – 20m³ @ RM0.70/ m³
˃20m³ @ RM1.03/ m³ Caj minimum : RM3.00
Pahang 0 – 18m³ @ RM0.37/m³ ˃18m³ – 45m³ @ RM0.79/ m³
˃45m³ @ RM0.99/ m³ Caj minimum : RM3.00
Perlis 0 – 15m³ @ RM0.40/m³ 15.1m³ – 40m³ @ RM0.70/ m³
˃40.1m³ @ RM1.10/ m³ Caj minimum : RM4.00
Terengganu 0 – 20m³ @ RM0.42/m³ ˃20m³ – 40m³ @ RM0.65/ m³
˃40m³- 60m³ @ RM0.90/ m³
˃60m³ @ RM2.00/ m³ Caj minimum : RM5.00
Negeri Kadar Tarif Kelantan 0 – 20m³ @ RM0.45/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM0.97/ m³
˃35m³ @ RM1.42/ m³ Caj minimum : RM4.50
Kedah 0 – 20m³ @ RM0.50/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM0.90/ m³
˃35m³ @ RM1.30/ m³ Caj minimum : RM6.00
Negeri Sembilan 0 – 20m³ @ RM0.55/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM0.85/ m³
˃35m³ @ RM1.40/ m³ Caj minimum : RM5.00
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 0 – 20m³ @ RM0.57/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM1.03/ m³
˃35m³ @ RM2.00/ m³ Caj minimum : RM6.00
Melaka 0 – 20m³ @ RM0.60/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM0.95/ m³
˃35m³ @ RM1.45/ m³ Caj minimum : RM5.00
Wilayah Persekutuan Labuan 0 – 20m³ @ RM0.70/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM1.20/ m³
˃35m³ @ RM1.70/ m³ Caj minimum : RM7.00
Johor 0 – 20m³ @ RM0.80/m³ ˃20m³ – 35m³ @ RM2.00/ m³
˃35m³ @ RM3.00/ m³ Caj minimum : RM7.00
Secara ringkasnya, tarif air di Selangor adalah di peringkat pertengahan, di mana secara purata ia adalah lebih rendah berbanding Johor, tetapi lebih tinggi berbanding Pulau Pinang. Sebagai contoh, bagi penggunaan domestik sehingga
20 meter padu, Johor mengenakan caj RM0.80 bagi setiap meter padu, berbanding RM0.57 di Selangor dan RM0.22 di Pulau Pinang.
-
Bilakah kali terakhir Kerajaan Negeri menaikkan tarif air dan sebabnya?
Tarif air yang dikenakan oleh pengguna pada ketika ini adalah mengguna pakai kadar yang diluluskan pada tahun 2006. Kadar yang diluluskan itu adalah berdasarkan kepada Perjanjian Konsesi SYABAS yang memperuntukkan berkenaan kenaikan tarif pertama SYABAS pada 01 Januari 2006 selepas SYABAS mengambil alih operasi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada 01 Januari 2005.
Di bawah Perjanjian Konsesi SYABAS, telah diperuntukkan kenaikan tarif setiap tiga tahun sekali seperti dalam Jadual berikut:-
BIL KADAR PURATA TARIF (RM/M³)
TARIKH KUAT KUASA 1. 1.21 01 Januari 2005 2. 1.39 01 Januari 2006 3. 1.90 01 Januari 2009 4. 2.38 01 Januari 2012 5. 2.86 01 Januari 2015 6. 3.15 01 Januari 2018 7. 3.31 01 Januari 2021 8. 3.48 01 Januari 2024 9. 3.65 01 Januari 2027 10. 3.83 01 Januari 2030 SYABAS telah mengemukakan permohonan kenaikan tarif untuk tahun 2009 hingga 2012, tetapi permohonan tersebut tidak pernah dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Sejak dari itu, selama 12 tahun tidak ada sebarang kenaikan tarif kepada pengguna. Jika merujuk kepada Perjanjian Konsesi SYABAS, kenaikan tarif untuk kali keempat adalah pada 01 Januari 2018 dengan kadar purata sebanyak RM3.15 bagi setiap meter padu berbanding kadar yang sedang dinikmati ketika ini sebanyak RM1.39. Dengan mengambil kira lima kali kenaikan tarif seperti di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, rakyat akan dibebani dengan kenaikan yang dianggarkan berjumlah 127% berbanding dengan tarif yang sedang dinikmati sekarang.