Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
165) KEBANJIRAN WARGA ASING
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa tindakan Kerajaan mengatasi masalah warga asing meniaga tanpa kebenaran dan aktiviti meng'alibaba'kan lesen perniagaan kepada warga asing?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengadakan pemantauan berkala dan operasi bersepadu bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Antara tindakan yang telah diambil oleh PBT adalah:
- Tindakan sitaan dan kompaun ke atas premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
- Tindakan pembatalan lesen sekiranya didapati peniaga melanggar syarat- syarat yang ditetapkan termasuk penyewaan lesen kepada orang
- Lesen perniagaan akan ditarik balik sekiranya kesalahan yang dilakukan didapati berulang.
-
Apakah tindakan Kerajaan mengawal bilangan warga asing di Selangor dan khususnya di Meru?
Terdapat beberapa tindakan kerajaan dalam mengurangkan warga asing terutama pendatang asing tanpa Izin (PATI) iaitu dengan menjalankan program seperti berikut:
- Program Pengampunan 3+1, iaitu warganegara asing yang telah tinggal lebih masa di Malaysia. Dengan program ini, PATI akan hadir ke pejabat Imigresen secara sukarela untuk mendaftar dan seterusnya dihantar pulang dan disenaraihitamkan selama 5 tahun;
- Program Pengajian Semula Pendatang asing (REHIRING) yang mana majikan mendaftarkan semua PATI yang mempunyai passport yang sah supaya mendapat permit;
- Program Enforsment Card (E-KAD). Iaitu suatu program yang dijalankan untuk mendaftarkan PATI-PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen. Melalui program ini, PATI akan diberikan E-KAD dan perlu membuat pasport di Kedutaan sebelum mendaftar di dalam Program Rehiring;
- Program kesedaran terhadap majikan-majikan yang mengajikan pekerja asing tanpa permit yang sah. Program-program seperti NBOS, pemeran bersama jabatan/agensi dan Hari Bersama Pelanggan;
- Mengetatkan kawalan pintu masuk terutama di Pelabuhan Klang. Statistik dari Januari 2018 sehingga Ogos 2018, terdapat hampir 1045 orang penumpang yang tidak dibenarkan masuk kerana disyaki akan melakukan kesalahan Imigresen bagi pintu masuk Jeti Pelabuhan Klang Selatan, Selangor.