Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
150) RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah-rumah serta senarai terperinci?
Berdasarkan rekod Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jumlah pangsapuri kos rendah dan sederhana di DUN Kota Damansara adalah seperti berikut:
BIL. KATEGORI PANGSAPURI JUMLAH KAWASAN 1 Kos Rendah 91 2 Kos Sederhana Rendah 5 3 Kos Sederhana 10 JUMLAH 106 Senarai terperinci pangsapuri kos rendah dan sederhana di DUN Kota Damansara adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Apakah usaha/program yang telah dan akan dilakukan bagi membantu penyelengaraan bangunan tersebut?
Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu penyelenggaraan rumah kos rendah dan sederhana seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA BANTUAN : PANGSAPURI KOS RENDAH DAN SEDERHANA
BIL PROGRAM AKTIVITI BANTUAN PENCAPAIAN 1 CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid)
· Baikpulih harta bersama · 286 projek · RM96.6 juta
KATEGORI PENERIMA BANTUAN : PANGSAPURI KOS RENDAH
BIL PROGRAM AKTIVITI BANTUAN PENCAPAIAN 1 ISS (Indah SMART Selangor)
· Mengecat bangunan. · 26 pangsapuri · 84 blok
· 8648 unit
· RM10 juta
2 Baikpulih Jalan · Kerja baikpulih jalan dalam kawasan pangsapuri. · 50 pangsapuri · RM8.7 juta
3 SAFWA (Selangor Free Water Apartment)
· Rebet Air Percuma RM11.40 kepada pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal. · 239 pangsapuri (68,174 unit) · RM52.6 juta
4 SEROJA (Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri
· Program Keselamatan · Pemasangan CCTV
· 116 pangsapuri · RM687,136.00
Khusus bagi DUN Kota Damansara, jumlah pangsapuri kos rendah dan sederhana yang telah menerima bantuan tersebut adalah seperti berikut:
BIL PROGRAM JUMLAH KAWASAN 1 CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid)
6 2 SAFWA 3 (Selangor Free Water Apartment) JUMLAH 9 Senarai terperinci seperti di LAMPIRAN A