Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

146) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan yang akan diambil terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan pembangunan infrastruktur yang tergantung disebabkan proses pilihanraya.

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mengagihkan bantuan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan.

  2. Nyatakan jumlah bantuan dan jenis bantuan yang dirancang untuk disalurkan.

    Jumlah bantuan yang diagihkan oleh Kerajaan Negeri setakat ini hanya kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Bantuan Kerajaan seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24 juta bagi tahun 2018 untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.