Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
139) RANCANGAN MENGATASI BANJIR DI MERU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah 'plan' Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir secara holistik, komprehensif dan tuntas di Meru?
Kawasan Meru merupakan kawasan tadahan kepada dua sungai utama iaitu Sungai Binjai dan Sungai Kapar Kecil. Bagi mengurangkan risiko banjir dan seterusnya meminimakan kejadian banjir di Pekan Meru, maka sistem Sungai Binjai dan Sungai Kapar Kechil dinaiktaraf melalui tiga projek yang giat dilaksanakan sepertimana di bawah:
- Projek Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dimana komponen projek ini melibatkan pelebaran Sungai Kapar Kecil, pemasangan pam, penggalian sungai dan menaiktaraf halangan-halangan terhadap aliran sungai. Kos kontrak adalah sebanyak RM 4 juta dan tarikh siap asal adalah pada 4 September 2018. Namun begitu, projek ini dijangka memerlukan Extension of Time (EOT) kerana terdapat permasalahan di tapak yang melibatkan rizab jalan JKR dan juga pembinaan West Coast Expressway (WCE).
- Projek Tebatan Banjir Hamzah Alang Pakej 2 dimana komponen projek ini melibatkan pelebaran Sungai Binjai, menaiktaraf halangan-halangan terhadap aliran sungai dan pengorekkan sungai. Kos kontrak adalah sebanyak RM15.2 juta dan projek dijangka siap pada 17 November 2018.
- Projek Menaiktaraf Saliran Pekan Meru dimana komponen projek ini ialah menaiktaraf saliran, pengorekkan parit dalaman dan menaiktaraf halangan-halangan terhadap aliran sungai atau saliran. Kos kontrak adalah sebanyak RM9.8 juta dan projek dijangka siap pada 23 Julai 2019.
Apabila ketiga-tiga projek ini siap sepenuhnya, dijangkakan risiko banjir di Pekan Meru dapat dikurangkan secara drastik. Namun, penyelenggaraan sistem perparitan dalaman yang efisien merupakan faktor penting dalam memastikan Pekan Meru tidak dilanda banjir kilat.
Pada masa hadapan, satu kajian sistem saliran di Pekan Meru hendaklah dilaksanakan bagi menambahbaik sistem saliran di Pekan Meru untuk mencegah banjir.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membaik semula sistem perparitan yg tidak teratur dan tidak sistematik akibat dari sistem perancangan bandar yang tidak teratur di Meru?
Sepertimana dinyatakan di atas, setelah kajian induk sistem saliran Pekan Meru dijalankan, hasil kajian ini akan mengenalpasti sistem saliran di Pekan Meru yang perlu dibina atau dinaiktaraf dan ini akan menjadi panduan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memohon peruntukkan dan seterusnya melaksanakan kerja pembinaan atau menaiktaraf sistem perparitan di Pekan Kajian induk ini akan dipohon untuk pelaksanaan dalam RMK-12.