Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
134) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah banyak hutang Kerajaan Selangor terhadap Persekutuan sekarang?
Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Ogos 2018 adalah berjumlah RM1,113.32 juta. Sejumlah 96.85% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan Air.
Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
- Skim Amanah Saham Selangor iaitu 1.02%; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 13%.
-
Berapakah kadar faedah yang perlu dibayar oleh Kerajaan terhadap hutang-hutang ini?
Kadar caj pembiayaan adalah pada kadar 4% setahun. Walau bagaimanapun, pinjaman bagi Projek Bekalan Air tidak dikenakan sebarang caj pembiayaan.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk melangsaikan hutang ini dalam masa terdekat?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tahunan juga akan disediakan secukupnya dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.
Bagi tahun 2018, bayaran balik pinjaman telah pun dilunaskan kepada Kerajaan Persekutuan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan jumlah sebanyak RM11,951,181.79 seperti perincian berikut:
- Projek Bekalan Air : RM5,314,099.60;
- Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.