Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

129) PEMERKASAAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Sekolah dan Pelajar Tahfiz yang berdaftar dan tidak didaftar di dalam Negeri Selangor

    Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada Sijangkang berhubung Pendaftaran Pusat Tahfiz di Sekolah tahfiz yang berdaftar di Negeri Selangor adalah sebanyak 310 buah. 4 daripadanya merupakan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dengan jumlah pelajar seramai 996 orang. Manakala 306 buah lagi adalah maahad tahfiz persendirian dengan jumlah pelajar seramai 17,616 orang.

    Setakat ini, Kerajaan Negeri memantau 54 buah sekolah yang belum berdaftar dengan jumlah murid seramai 889 orang. Namun demikian, Kerajaan Negeri sedar masih terdapat maahad tahfiz persendirian yang beroperasi tanpa kebenaran dan tidak berdaftar.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga peka dengan masa depan pelajar-pelajar tahfiz dengan membantu menyediakan peluang menduduki SPM yang pada masa ini giat dilaksanakan oleh KUIS dan UNISEL.

  2. Adakah terdapat perancangan bagi pemerkasaan Sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam memperkasakan pusat tahfiz. Antara perancangannya adalah seperti berikut:

    i.Aspek Kurikulum Pendidikan Islam.

    Memastikan kurikulum yang dilaksanakan di Maahad-maahad Tahfiz Persendirian adalah selaras dengan kurikulum-kurikulum yang diperaku oleh MAIS dan JAIS seperti:

    1. Kurikulum Tahfiz MITS kelolaan Kerajaan Negeri Selangor (JAIS)
    2. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    3. Kurikulum-kurikulum yang dicadangkan di dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang sedang dibangunkan oleh Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    ii.Aspek Kesihatan dan Keselamatan Premis

    Memastikan premis operasi maahad-maahad Tahfiz persendirian adalah menepati syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh agensi berwajib dengan mengemaskini Garis Panduan Am Pengurusan (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor.

    iii. Kursus dan Latihan

    Menganjurkan kursus dan latihan kepada guru-guru Maahad Tahfiz Persendirian meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran (PDPC), pengurusan, pentadbiran, dan kursus perakuan mengajar guru (permit mengajar).

  3. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

    Sejumlah RM19.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah- sekolah tahfiz di Negeri Selangor dalam Belanjawan 2018 seperti perincian berikut:

    Jumlah 19.5 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.