Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

118) KEBAJIKAN WARGA LUAR BANDAR KHUSUSNYA KAWASAN DUN SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeriuntuk memastikan kebajikan rakyat luar bandar khususnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar dibela sepenuhnya?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil peduli terhadap kebajikan rakyat secara keseluruhannya sejak tahun 2008 sebagaimana yang dilaksanakan melalui program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Kerjasama yang sentiasa diberikan oleh Pejabat DUN di seluruh Selangor sangat membantu dan dihargai oleh Kerajaan Negeri dalam melancarkan lagi program sedia ada demi mempertingkatkan kualiti hidup rakyat agar dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera.

    Ini dapat dilihat dengan pencapaian program-program IPR yang telah banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan terutama di kawasan luar bandar untuk menerima manfaat yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.

    Antara Program IPR yang telah diterima oleh masyarakat di DUN Sungai Air Tawar adalah seperti berikut :-

     

    Bil

     

    Program IPR

    Bilangan penerima manfaat

    di DUN Sungai Air Tawar 2018

    1. Program Kasih Ibu Smart Selangor

    (KISS)

    929 orang penerima
    2. Insentif Perkahwinan Belia 123 orang penerima
    3. Tabung Warisan Anak Selangor

    (TAWAS)

    1,547 orang penerima
    4. Skim Peduli Sihat 3,235 kad dengan 12,940

    orang penerima manfaat

    5. Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri : 527 orang
     

    Bil

     

    Program IPR

    Bilangan penerima manfaat di DUN Sungai Air Tawar

    2018

        penerima

    Tahun Baru Cina : 387 orang penerima

    6. Bantuan Sihat Selangor (BSS) 5 orang penerima yang

    diluluskan

    7. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 45 orang penerima
    8. Skim    Bantuan    Asuhan    Anakku

    Pintar (ASUH PINTAR)

    17 orang penerima
    9. Skim    Bantuan   Tadika    Selangor

    (TUNAS)

    61 orang penerima
    10. Program Tuisyen Rakyat Selangor 90 orang penerima

    Justeru itu, dalam memastikan kebajikan luar bandar terus terbela, Kerajaan Negeri melalui Ahli Yang Berhormat selaku figura yang telah dipilih dan dekat dengan rakyat pastinya lebih memahami mengenai situasi, permasalahan dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus dan sentiasa mendengar dan membantu meringankan beban dan keluhan rakyat melalui ADUN sebagai perantara antara Kerajaan Negeri dan masyarakat.

  2. Nyatakan apakah bentuk kebajikan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut khususnya kebajikan petani dan nelayan?

    Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa program berbentuk bantuan peralatan bagi memastikan kebajikan golongan petani dan nelayan di Negeri Selangor termasuk di Kawasan DUN Sungai Air Tawar sentiasa diberikan perhatian. Bentuk bantuan tersebut seperti berikut:-

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor :-

    • Pembangunan industri kelapa – skop bantuan yang diberikan adalah tanam semula kelapa, pemulihan dusun kelapa, serta bantuan bekalan baja, racun dan
    • Ternakan madu kelulut – skop bantuan yang diberikan adalah adalah log kelulut.
    • Industri Asas Tani – skop bantuan yang diberikan adalah bantuan peralatan maksimum RM20,000.00 bagi setiap peserta dan bantuan menaiktaraf bengkel maksimum RM50,000.00 bagi setiap
    • Tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, kontan atau herba – skop bantuan yang diberikan adalah baja, carun, anak pokok serta pembersihan Kawasan.

    Jabatan Perikanan Negeri Selangor

    • Bantuan peralatan menangkap ikan seperti jaring dan GPS;
    • Elaun Sara Hidup Nelayan;
    • Bantuan Subsidi Diesel Dan Petrol;
    • Insentif Pengisytiharan Hasil Tangkapan Nelayan;
    • Bantuan Balik Pulih Rumah Nelayan;
    • Bantuan Bencana Dan Kebajikan Nelayan;
    • Pembinaan Dan Baik Pulih Kompleks / Jeti Nelayan;
    • Penyelenggaraan Kebun Ikan; dan
    • Bantuan Peralatan Akuakultur.

Lampiran

Tiada Lampiran.