Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
99) PROJEK PERUMAHAN MK ASSOCIATE SDN BHD
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mendapatkan hakmilik strata bagi kesemua 400 unit rumah pangsa?
Untuk makluman Yang Berhormat Paya Jaras, siasatan lanjut telah menunjukkan bahawa terdapat dua (2) fasa yang berkaitan dengan projek perumahan ini, iaitu Pangsapuri Kos Rendah Fasa 2 (320 unit) dan Fasa 4 (100 unit). Kedua-dua fasa pangsapuri kos rendah ini terletak di kawasan Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh dan masih belum mengemukakan permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pemilik tanah iaitu syarikat M.K. Associates Sdn. Bhd. (anak syarikat kepada Sateras Resources (Malaysia) Berhad) telahpun digulung pada 5 Disember 2005 melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No.Pelantikan D4-21-32-2004 bertarikh 16 Ogos 2010. Oleh yang demikian, penyelesai (liquidator) yang telah dilantik adalah Tetuan Aljeffri Dean Chartered Accountants (beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang) pada tarikh 16 Ogos 2010. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut telah mendapati bahawa projek perumahan ini telah diambil alih oleh syarikat Ultimate Essence Sdn Bhd pada tahun 2012.
-
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi mendapatkan kesemua hakmilik strata tersebut?
Pengeluaran hakmilik strata akan diproses setelah permohonan pengeluaran hakmilik strata dikemukakan oleh pemilik tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Untuk makluman YB, permohonan hakmilik strata hanya boleh dikemukakan sekiranya pemilik tanah (atau pihak yang dilantik) memenuhi kesemua syarat kelulusan pecah bahagi bangunan seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2016) (A1518).
Sehubungan itu, tempoh masa yang diperlukan bagi pengeluaran hakmilik strata adalah mengikut tempoh masa berikut:
- Tiga puluh (30) hari bagi pengeluaran Sijil Formula Unit Syer oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS);
- Enam puluh (60) hingga Sembilan puluh (90) hari bagi kelulusan dan pengeluaran Sijil Pelan Cadangan Pelan Strata (CPSP) oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); dan
- Satu ratus (100) hari bagi pemprosesan permohonan Pecah Bahagi Bangunan (PBB), pengeluaran hakmilik baru strata serta pendaftaran hakmilik baru strata.
MAKLUMAT TAMBAHAN- Pangsapuri Kos Rendah Fasa 2 (nombor hakmilik HSD 198436 PT 5611) berukuran sebesar 19,264 meter persegi yang melibatkan 320 unit kediaman kos rendah ini mempunyai tunggakan cukai tanah sebanyak RM93,928.60 dari tahun 2009 hingga tahun 2017. Kadar cukai tanah tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM5,951.00 sahaja. Surat peringatan untuk membayar cukai tanah telahpun dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pada 12 Januari
- Pangsapuri Kos Rendah Fasa 4 (nombor hakmilik HSM 6389 PT 7869) berukuran sebesar 8,243.4 meter persegi yang melibatkan 100 unit kediaman mempunyai tunggakan cukai tanah sebanyak RM1,046,720.78) dari tahun 2001 hingga 2017. Kadar cukai tanah tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM2,680.00
- Selain itu, lot tanah Pangsapuri Kos Rendah Fasa 4 juga masih di dalam status hakmilik sementara dan buat masa ini status tanah masih bertaraf mukim, dan belum dinaiktaraf ke status