Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
94) RANCANGAN PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa dan jangka masa hospital yang akan dibina oleh SELGATE?
SELGATE merancang untuk menguruskan operasi 10 buah hospital iaitu di :
Fasa 1 (Menjelang 2020)
- Rawang
Fasa 2 (Menjelang 2022)
- Kota Damansara
- Shah Alam
- Gombak
- Setia Alam
- Bangi
Fasa 3
- Cyber Valley, Cyberjaya
- Subang Jaya
- Kwasa Land, Sungai Buloh
- Kuala Selangor
Menjelang 2020, hospital yang dijangka akan mula beroperasi adalah di Rawang.
Manakala, fasa berikutnya akan menyaksikan hospital dijangka beroperasi di Kota Damansara, Shah Alam, Gombak, Setia Alam dan Bangi.
-
Bagaimana hospital ini akan manfaat kepada rakyat yang berdapatan rendah?
Hospital milik SELGATE mengambil pendekatan mampu milik dari segi penetapan harga. Hospital-hospital milik SELGATE juga akan membantu penyelarasan penyaluran geran bantuan dan sebagainya daripada agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat untuk manfaat rakyat dari golongan berpendapatan rendah.