Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
70) HOSPITAL
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Minta senaraikan semua hospital kerajaan di Selangor berserta saiz hospital untuk menampung pesakit.
Jumlah katil hospital di Negeri Selangor :
-
Adakah usaha Kerajaan untuk membina sebuah hospital baru di kawasan Semenyih? Seperti yang sedia maklum Hospital Kajang sekarang tidak mampu menampung pesakit dari kawasan sekitar yang ramai.
Buat masa ini, masih belum ada perancangan bagi pembinaan sebuah Hospital di Semenyih, memandangkan projek Naiktaraf Hospital Kajang : Pembinaan Kompleks Women and Child Care telah bermula dan dijangka siap pada April 2021 dengan kapasiti 272 buah bilangan katil. Manakala hospital yang berdekatan yang masih dalam pembinaan ialah Hospital Cyberjaya yang dijangkakan siap pada November 2020 dengan kapasiti 288 buah bilangan katil.