Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
61) PENDAPATAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Negeri Selangor.
Pendapatan PBT terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil manakala perbelanjaan pulak terdiri daripada perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan. Pecahan pendapatan dan perbelanjaan dari tahun 2016 sehinga 2017 mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai langkah untuk membantu PBT yang menghadapi pendapatan kewangan yang rendah supaya pembangunan seimbang dengan bandar?
Kerajaan Negeri sentiasa memantau kutipan Cukai taksiran bagi semua PBT melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negeri bagi memastikan kutipan memenuhi sasaran berikutan ianya merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT. Selain itu, PBT juga memberi fokus untuk meningkatkan aktiviti hasil bukan cukai dalam usaha meningkatkan hasil yang ternyata akan memperkukuhkan rizab Majlis.
Dalam usaha mengimbangi pembangunan di antara daerah-daerah di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan perancangan pembangunan berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang diselaraskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor.