Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
36) PENANAMAN POKOK BAKAU DAN TAMAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kejayaan program penanaman pokok bakau dan adakah ianya mencapai sasaran ditetapkan?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah berjaya meningkatkan penanaman pokok bakau dan lain-lain spesies Hutan Paya Laut pada setiap tahun melalui projek tanaman dan kempen kesedaran awam terhadap kepentingan Hutan Paya laut (HPL).
Berikut merupakan jumlah tanaman pokok spesies Hutan Paya Laut bagi tahun 2013 – 2018 :-
-
Apakah usaha-usaha lain yang telah dan akan diambil untuk mengekalkan hutan paya bakau tersebut?
Antara usaha-usaha Jabatan yang telah dan akan diambil untuk mengekalkan hutan paya bakau adalah seperti berikut:
- Memperbanyakkan program kesedaran awam;
- Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengelak berlakunya pencerobohan – Akta Perhutanan Negara; dan
- Memperkayakan Kawasan HPL dengan tanaman pelbagai spesies seperti bakau kurap, bakau minyak, api-api, perepat, rhu, berembang dan sebagainya.