Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

35) PENGURUSAN SAMPAH DI MPKJ

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan kontraktor pembersihan MPKj dan berapa peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pengurusan sampah oleh MPKj?

    Bilangan kontraktor pembersihan MPKj sebelum pengambilalihan kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd ialah:

    • Kerja Perkhidmatan Sisa Pepejal – 15 zon kontraktor
    • Kerja Perkhidmatan Pembersihan Awam – 68 zon kontraktor

    Peruntukan bagi kerja-kerja Perkhidmatan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam adalah sebanyak:

  2. Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi pembuangan sampah haram yang berulang-ulang?

    Bagi membanteras aktiviti pembuangan sampah haram yang berulang-ulang, pihak Majlis Perbandaran Kajang telah mengambil tiga kaedah iaitu :-

    • Membuat pembersihan sampah haram di kawasan pembuangan tapak sampah haram di bawah pentadbiran MPKj secara in –

     

    • Meletakkan papan tanda DILARANG MEMBUANG SAMPAH di lokasi tapak pembuangan sampah haram.

     

    • Aktiviti intipan sampah haram akan diadakan bagi mengenalpasti lori dan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan oleh MPKj dan akan dikenakan kompaun beserta tindakan sitaan lori di bawah UUK 4 & UUK 13(1) – Undang- undang Kecil – Pembuangan, Pemungutan, dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Kajang 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.