Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

31) ISU PROJEK PELEBARAN JALAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Projek Pelebaran Jalan Batu Arang (B27) fasa 2 yang telah bermula pada tahun 2013 akan disiapkan?

    Projek pelebaran Jalan B27 yang sedang di dalam peringkat pembinaan telah mencapai peratus kemajuan 77% dan tarikh tamat kontrak bagi projek ini adalah pada 2 Oktober 2018.

  2. Bagaimanakah untuk memastikan keselamatan pengguna di atas jalanraya tersebut yang tidak sempurna dengan baik?

    Sepertimana diperuntukan di dalam kontrak, kerja penyenggaraan jalan yang terlibat di dalam kawasan pembinaan adalah terletak di bawah tanggungjawab pihak kontraktor yang dilantik. JKR selaku agensi pelaksana sedang membuat pemantauan rapi di tapak bagi memastikan segala kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan sempurna demi keselamatan pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tersebut. Antara langkah keselamatan yang dikuatkuasakan adalah laporan Pelan Pengurusan Trafik yang melibatkan penyediaan papan tanda amaran, traffic barrier dan blinkers. Amaran telah dikeluarkan dari masa ke semasa diatas kepada pihak kontraktor menjalankan kerja penyenggaraan mengikut kontrak.

  3. Bagaimana kerajaan memastikan kontraktor yang dilantik adalah yang berkaliber?

    Proses tender melalui kaedah tender terbuka dan penilaian kontraktor adalah berdasarkan bidang penkhususan yang ditetapkan, kemampuan kontraktor melaksanakan kerja dari segi teknikal, kewangan, tenaga pekerja, jumlah kontrak dalam pelaksanaan dan rekod pengalaman kerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.