Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

24) PENDIDIKAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini naik taraf Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kepada taraf universiti?

    Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah membuat permohonan untuk dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh melalui sistem MyUpGrade Online Upgrading Self-Assessment for Private Higher Education Institutions, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bermula pada tahun 2016. Pihak KUIS telah melepasi syarat kelayakan untuk dinaiktarafkan sebagai Universiti Penuh dengan markah layak untuk dipertimbangkan adalah 75%. Bagi tahun 2018 markah yang diperoleh oleh KUIS adalah 61%. Akan tetapi KUIS masih tidak memenuhi 2 kriteria pada Section: Fundamental No 1. iaitu bagi Current Paid Up Capital yang masih tidak mencapai RM20 juta dan Section: Important No 9 iaitu Percentage of  International Students bagi dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh.

    Disertakan maklumat tambahan untuk rujukan bagi jumlah markah yang diperoleh KUIS bagi tahun 2018 untuk rujukan seperti lampiran A untuk Online Self Assesment, di lampiran B Online Upgrading Self-Assessment – Administration dan lampiran C untuk Assesment Overview.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengurangkan kos yuran pengajian yang dikenakan oleh Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS)?

    Kerajaan negeri sentiasa berusaha meminumkan kadar kos yuran yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi di bawah Negeri Selangor. Walau bagaimanapun yuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) masih berada di tahap yang rendah berbanding Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain. Selain itu, KUIS juga menawarkan penajaan yuran kepada pelajar asasi yang layak untuk melanjutkan pengajian.

    Namun, sekiranya pengurangan kos yuran pengajian ingin dilaksanakan dana sebanyak RM33 juta diperlukan bagi menampung jumlah 11,000 orang pelajar ketika ini pelajar yang merangkumi pelajar diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah (PhD) dengan kadar yuran KUIS boleh dikurangkan sehingga 20% iaitu sebanyak RM3,000.00 seorang.

    Oleh itu, untuk mengurangkan kadar yuran pengajian satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan kewangan KUIS berada di tahap yang mencukupi untuk tujuan tersebut.

    Disertakan maklumat tambahan untuk rujukan di lampiran D untuk jadual kenaikan yuran pengajian KUIS seperti jadual I dan perbandingan yuran di antara IPTS lain seperti jadual II.

Lampiran

Tiada Lampiran.