Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
18) JAMBATAN BESI (BAILEY BRIDGE) PEKAN SEMENYIH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan besi di Pekan Semenyih?
- Proses pembinaan bagi projek ini telah bermula pada 29 Disember 2017 dan dijangka siap pada 28 Jun 2019 dengan tempoh kontrak selama 78 minggu dan diselia oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Kemajuan fizikal di tapak pada masa ini adalah sebanyak 11 % berbanding jadual iaitu sebanyak 49%. Kelewatan ini disebabkan oleh isu pengalihan utiliti.
-
Kontraktor manakah yang diberi tanggungjawab terhadap projek pembinaan jambatan baru ini dan sebanyak mana peruntukan yang diberikan untuk projek ini?
- Kontraktor yang telah dilantik adalah KEP Contracting Sdn Bhd dengan harga kontrak sebanyak RM7,542,934.56.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Tindakan pihak Jabatan untuk mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek ini adalah seperti berikut:
- Melaksanakan mesyauarat berkala untuk memantau kemajuan kerja
- Menyelaraskan kerja kontraktor dengan syarikat Utiliti yang terlibat.
Sekiranya kontrak ini tidak dapat disiapkan dan didapati terdapat kegagalan kontraktor untuk melaksanakan kerja mengikut kontrak surat amaran akan dikeluarkan kepada kontraktor dan dan denda (LAD) akan dikenakan.