Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
17) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri melalui aktiviti-aktiviti kuari di Selangor?
Hasil Kerajaan Negeri melalui aktiviti-aktiviti kuari di Selangor mengikut tahun adalah seperti di jadual di bawah :
Tahun
Jumlah Kutipan Hasil Kerajaan Negeri (Royalti Granit/Kuari) 2014 RM24,661,171.91 Juta 2015 RM48,993,999.04 Juta 2016 RM36,207,211.92 Juta 2017 RM51,948,507.45 Juta 2018 RM31,269,970.69 Juta -
Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur misalnya jalanraya akibat daripada pergerakan lori-lori kuari?
Sehingga kini, tiada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur akibat daripada pergerakan lori-lori kuari namun, Kerajaan Negeri telah menetapkan bagi setiap kelulusan aktiviti pengkuarian, pengusaha kuari perlu meletakkan deposit-deposit kepada setiap agensi-agensi teknikal berkaitan untuk dijadikan sebagai pegangan dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur akibat aktiviti pengkuarian. Antara agensi-agensi berkaitan adalah:
Bil. Jabatan / Agensi Wang Cagaran Tindakan 1.
Pejabat Tanah dan Daerah RM50,000.00
Pentabiran dan Pengurusan Permit Bahan Batuan.
2.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor RM50,000.00
Pengurusan dan penyelenggaraan jalan- jalan Negeri.
3.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor
RM20,000.00
Pengurusan dan Penyelenggaraan Sungai dan Rizab Sungai