Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
5) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan boleh membantu pemasangan wifi di Sekolah Vokasional Sg Buloh?
Kerajaan Negeri sedia membantu untuk pemasangan kemudahan WiFi Smart Selangor di Sekolah Vokasional Sungai Buloh. Walau bagaimanapun, pihak sekolah perlu memberi persetujuan bertulis kepada penyelaras projek WiFi Smart Selangor iaitu pihak SMARTSEL, anak syarikat MBI, untuk memohon pemasangan WiFi Smart Selangor di sekolah tersebut. Pemasangan pula adalah tertakluk kepada kemudahan infrastruktur jaringan teras di kawasan tersebut.
-
Bilakah Kerajaan akan meluaskan pemasangan wifi di sekitar kawasan rumah pangsapuri Kos Rendah Bukit Rahman Putra?
Kerajaan Negeri sedia membantu untuk meluaskan pemasangan kemudahan WiFi Smart Selangor di kawasan pangsapuri Kos Rendah, termasuk di Bukit Rahman Putra. Walau bagaimanapun, wakil dari pihak pangsapuri tersebut perlu memberi persetujuan dan permohonan bertulis kepada penyelaras projek WiFi Smart Selangor iaitu pihak SMARTSEL, anak syarikat MBI, untuk pemasangan WiFi Smart Selangor. Pemasangan pula adalah tertakluk kepada kemudahan infrastruktur jaringan teras di kawasan tersebut serta beberapa kriteria yang diperlu dipenuhi.