Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

3) PENYAKIT HMFD UNTUK TAHUN INI 2018

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai kanak-kanak di Selangor yang telah dijangkiti penyakit HMFD untuk tahun ini 2018?

    Jumlah kanak-kanak di Selangor yang telah dijangkiti penyakit HFMD untuk tahun 2018 adalah seperti berikut:

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit HFMD dapat dielakkan terhadap anak-anak di tadika-tadika ini?

    Beberapa langkah pencegahan dan kawalan yang telah dilakukan adalah:

    Memastikan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak untuk mengadakan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan hanya kanak- kanak yang tiada tanda-tanda jangkitan HFMD dibenarkan memasuki premis.

    1. Mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HFMD khususnya kepada ibubapa, pengusaha premis jagaan kanak-kanak dan guru-guru sekolah dari segi:

     

    • penjagaan kebersihan diri (personal hygiene) termasuk amalan mencuci tangan,

     

    • Penjagaan kebersihan persekitaran termasuk nyahkuman permukaan (lantai, tandas, meja dll).

     

    1. Mempertingkatkan aktiviti pemantauan di semua sekolah (pra-sekolah), premis jagaan kanak-kanak (tadika/taska /tabika).

     

    • Menjalankan siasatan segera ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh orang awam termasuk aduan wabak.

     

    1. Menjalankan mesyuarat Inter-agensi yang dipengerusikan oleh Dato Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, bersama JPNS, JKMS, Taska Selangor, PBT, PKD, UPEN dan beberapa agensi lain pada 10/8/2018. Selain itu, di peringkat daerah juga turut dijalankan mesyuarat townhall yang disertai agensi-agensi

     

    1. Memberi tunjuk ajar kepada guru tadika/taska cara pembasmian kuman dan edaran poster dan risalah berkaitan HFMD serta ceramah di TV dan

     

    1. Tindakan penguatkuasaan dengan penutupan taska/tadika jika berlaku wabak atau cluster dibawah seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Pindaan April 2014)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.