Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
264) PENGAMBILAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kakitangan baru Kerajaan Negeri yang diambil sepanjang 2015-2017.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang- undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 bertanggungjawab terhadap urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidang kuasanya. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kakitangan awam lantikan tetap yang telah dilantik oleh pihak SPN Selangor dari Tahun 2015 hingga 2017 iaitu seramai 709 orang. Penempatan bagi setiap kakitangan lantikan baru ini dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
BIL. TAHUN JUMLAH 1. 2015 283 2. 2016 277 3. 2017 149 -
Jabatan mana paling ramai dalam pengambilan tersebut? Nyatakan secara terperinci.
Berdasarkan rekod dan data urusan penempatan lantikan baru yang diterima oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor daripada pihak SPN Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor merupakan jabatan yang menerima paling ramai kakitangan lantikan baru bagi tempoh Tahun 2015 hingga 2017 iaitu dengan jumlah 155 orang. Jadual di bawah menunjukkan pecahan jawatan dan jumlah kakitangan baru yang diterima oleh pihak JKR Negeri Selangor dari Tahun 2015 hingga 2017.