Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

262) KEBOLEHPASARAN BELIA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah anak muda yang mendapat manfaat daripada perlaksanaan program IKTSASS yang diperuntukkan sebanyak RM 52 juta pada tahun 2018?

    Jumlah anak muda yang mendapat manfaat daripada perlaksanaan Program IKTISASS sehingga Oktober 2018 ialah seramai 1211 orang dengan kos sebanyak RM10 juta.

  2. Apakah Kerajaan Negeri juga akan menghubungkan pelajar dan industri selepas tamatnya program latihan bersama IKTISASS?

    Tindakan Kerajaan Negeri:-

    • Pencapaian pelaksanaan Program IKTISASS atau Key Performance  Indicator (KPI) diukur berdasarkan jumlah pelajar atau pelatih mendapat penempatan pekerjaan selepas tamat latihan. Oleh itu, menjadi kewajipan untuk setiap pusat latihan yang dipilih mestilah mempunyai jaringan industri.
    • Sehubungan itu, pendedahan dan latihan intensif ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri selaras dengan cabaran revolusi industri 4.0 dengan kerjasama sektor industri. Melalui penawaran program ini, pihak industri juga menyediakan peluang pekerjaan secara langsung kepada para pelatih yang terlibat.
    • Melalui Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC), Jalinan kerjasama bersama industri bermula dari awal pelaksanaan Program IKTISASS iaitu melalui proses temu duga sebelum memulakan latihan dan jaminan peluang pekerjaan oleh syarikat terpilih setelah tamat latihan. Program IKTISASS berkonsepkan latihan “industry demand driven” yang menentukan bahawa sesuatu bentuk latihan hanya berdasarkan permintaan industri.
    • Antara industri yang terlibat adalah seperti berikut:

      Oleh itu, dengan pelaksanaan Program IKTISASS dan dengan kerjasama langsung dengan pihak industri ini, ia dapat meningkatkan kebolehpasaran golongan belia seterusnya meningkat ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.