Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
258) MEMBUKA TANAH NEGERI UNTUK MENJALANKAN KEGIATAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pertanian bermanfaat dan penting untuk Selangor. Adakah kita bercadang membuka tanah negeri kepada anak Selangor untuk menjalankan kegiatan pertanian?
Berkaitan pertanyaan untuk membuka tanah negeri kepada anak Selangor untuk menjalankan kegiatan pertanian, setakat ini tiada cadangan daripada Kerajaan Negeri berkaitan perkara itu. Namun begitu, Kerajaan Negeri boleh menimbang dan meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk kegunaan pertanian (tanaman kontan) selaras dengan Pekeliling PTGS Bil. 4 Tahun 2015. Selain itu, kaedah pajakan tanah di bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 bagi tanah yang telah diwartakan juga boleh dipertimbangkan kepada individu yang ingin mengusahakan aktiviti pertanian dengan dikenakan premium sebanyak sepuluh (10) peratus dari nilaian tanah semasa.