Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
252) PERUNTUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk sekolah rendah agama di Negeri Selangor dari 2017-2018?
Peruntukan bagi Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor adalah merangkumi peruntukan bagi pembinaan bangunan baru dan baikpulih bangunan sedia ada. Jumlah peruntukan tersebut bagi tahun 2017 & 2018 adalah seperti berikut:
TAHUN PEMBINAAN BARU (RM) BAIKPULIH & NAIK TARAF (RM)
2017 17,750,961.39 6,720,000.00 2018 26,873,424.50 4,900,000.00 44,624,385.89 11,620,000.00 -
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menaiktaraf Sekolah KAFA kepada Sekolah Rendah Agama? Dan berapakah bilangan yang telah dinaiktaraf.
Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dari sekolah KAFA sekiranya telah mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) tertentu. Pelan tahun 2017-2018 sebanyak 2 buah sekolah rendah agama telah didirikan untuk menggantikkan sekolah KAFA:-
- SRA Bandar Country Home Rawang
- SRA Denai Alam