Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

250) PENGGANTIAN PEKERJA ASING DENGAN ANAK TEMPATAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaan pekerja asing di Selangor, dengan mengalakkan lebih banyak anak tempatan bagi pengambilalihan tugas kerja pekerja asing?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan program – program tersebut bagi meningkatkan peluang pekerjaan di Selangor sekaligus menggalakkan lebih banyak penglibatan anak tempatan dalam sektor pekerjaan seperti berikut:

    1. Program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair

    Program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair adalah kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program ini akan dilaksanakan sebanyak dua (2) siri pada tahun 2018. Selangor Job Fair siri satu (1) telah diadakan pada 4 Ogos 2018 bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Sebanyak 5,359 peluang pekerjaan telah ditawarkan dan daripada jumlah tersebut seramai 3,177 calon telah berjaya mendapat pekerjaan.

    1. Pendidikan Kemahiran dan Vokasional Percuma

    Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang kurang berkemampuan tetapi masih ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang. Bantuan pendidikan ini dapat melahirkan tenaga-tenaga mahir di Negeri Selangor sekaligus dapat menampung keperluan industri sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

     

    • Program Graduate    Employability     and    Enhancement    Selangor

    (PROGRES)

    Program     Graduate     Employability     and     Enhancement     Selangor

    (PROGRES)  adalah  sebuah  program  yang  diperkenalkan  pada   tahun

    2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.

    Pada tahun 2016 hingga 2017, seramai 402 peserta telah terpilih untuk menyertai PROGRESS. Daripada jumlah tersebut, seramai 347 orang peserta (86.32%) telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat terpilih setelah tamat program tersebut.

    1. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

    Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu Belanjawan 2018 Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM52,000,000 setahun. Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pembiayaan kepada 2,000 belia Selangor dalam pelbagai bidang kemahiran melalui kerjasama dengan Strand Aerospace, INPENS, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC), dan SST & Consultancy Academy. Program kemahiran ini menawarkan pelbagai latihan teknikal dan vokasional bagi memenuhi industri seperti industri aeroangkasa dan industri halal kepada belia Selangor dalam tempoh tertentu di mana setelah tamat program kemahiran ini, belia – belia ini akan diserapkan sebagai tenaga mahir di dalam pasaran industri– industri di Selangor. Inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan penglibatan tenaga asing di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.