Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
246) PERANAN MASJID DAN SURAU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Selangor mempunyai perancangan khusus untuk memastikan masjid dan surau menjadi institusi yang menyatukan ummah merentasi fahaman politik dan perkauman?
Bagi memastikan masjid dan surau menjadi institusi yang menyatukan ummah merentasi fahaman politik pihak MAIS dan JAIS telah mengambil langkah-langkah berikut :-
- Menetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) 2017 agar Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau hendaklah memastikan masjid dan surau menjadi pusat ibadah, pusat ilmu , pusat penyatuan ummah, zon aman dan bebas dari sebarang politik kepartian.
- Mengeluarkan pemberitahuan dan pekeliling dari masa ke semasa kepada Pegawai Masjid Dan Surau agar mematuhi titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Mengambil tindakan terhadap mana-mana penceramah tanpa tauliah yang menimbulkan perpecahan di kalangan ahli kariah.
- Mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengambil tindakan tatatertib kepada mana-mana pegawai masjid yang gagal mematuhi peraturan, pekeliling dan peraturan.