Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
242) KEBOCORAN DAN KEROSAKAN PAIP
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah anggaran kehilangan hasil akibat kebocoran dan kerosakan paip air?
Anggaran kehilangan air akibat dari kebocoran dan kerosakan paip air adalah sebanyak 1,125 Juta Liter Sehari (JLH) bersamaan 75% daripada jumlah keseluruhan NRW sebanyak 1,500 JLH. Berdasarkan kadar “Water purchase cost” pada RM1.10/m3, kiraan anggaran kehilangan hasil (RM) adalah seperti berikut:
=1,125,000 m3/hari x 365 hari x RM1.10/m3
=RM451.7 juta setahun.
-
Apakah langkah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat setakat ini?
Langkah dan inisiatif yang diambil oleh Air Selangor bagi mengurangkan kes kebocoran dan kerosakan paip air adalah melalui perlaksanaan program berikut :-
- Program Pengesanan Kebocoran Aktif (“Active Leakage Detection”);
- Pembentukan Zon Permeteran Daerah (“District Metering Zone”);
- Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area) & Pengurusan Tekanan Air;
- Penggantian Paip Air Lama & Kritikal;
- Penggantian paip komunikasi;
- Pressure Transient
Jumlah perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan dalam tahun 2018 untuk melaksanakan program-program berkaitan NRW adalah sebanyak RM 286.8 Juta.