Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
241) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) BANDAR PUTRA PERDANA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk terkesan di Bandar Putra Perdana akibat isu MOT yang tidak berkesudahan ini?
Isu MOT merupakan urusan di antara pembeli dan pemaju. Dalam kes Putra Perdana, pemaju bertanggungjawab iaitu Metro Tegas Sdn. Bhd. Dan Kenshine Sdn. Bhd. telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah. Seterusnya, Rimbun Capital dan Ler Lum telah dilantik sebagai liquidator yang turut bertanggungjawab unutk menyelesaikan isu MOT. PDT Sepang bagaimanapun sehingga kini masih belum menerima permohonan MOT daripada kedua-dua liquidator tersebut.
-
Berapa banyak kawasan lain di Dengkil yang mempunyai isu MOT dalam pemantauan dan tindakan pihak Kerajaan Negeri? Mohon disenaraikan.
Untuk makluman, terdapat enam (6) kawasan di Mukim Dengkil iaitu lima (5) kawasan di Putra Perdana yang masih berstatus hakmilik blok dan satu (1) kawasan di Taman Tasih Puchong yang mana hakmilik individu telah dikeluarkan di atas nama pemilik tanah, yang sedang dalam proses menyelesaikan MOT kepada pembeli. Senarai kawasan berkaitan adalah seperti berikut:
Sebahagian Taman Putra Perdana :