Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
205) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pembaharuan dalam pengurusan sampah di Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat. Antara usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan mutu perkhidmatan adalah melantik KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) sebagai sebuah Project Management Company (PMC) di mana KDEBWM telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pengurusan sisa pepejal antaranya:-
- Pengurusan dan penggunaan aset bagi memastikan keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor. Antaranya ialah penggunaan lori-lori kompaktor dan RORO baru buatan jenama terkemuka Jepun yang dilengkapi dengan pelbagai gajet dan sistem pemantauan terkini seperti:-
- Auto Vehicle Locating System (AVLS),
- CCTV,
- kamera undur dan
Operasi harian lori-lori kompaktor dan RORO baru ini dipantau secara ‘real time’ dari Centralised Command Center (CCC) oleh CCC dalam masa yang sama turut menguruskan aduan yang diterima daripada masyarakat dan setiap aduan samaada melalui telefon;
- Pada masa yang sama KDEBWM telah membangunkan aplikasi i-Clean Selangor yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar supaya aduan akan diselesaikan segera selaras dengan standard operasi KDEBWM yang mensasarkan supaya semua aduan yang diterima diselesaikan dalam tempoh 24 jam; dan
- KDEBWM juga telah mestrukturkan semula zon-zon kutipan sampah dengan menilai semula kepadatan penduduk termasuk zon-zon kutipan baru.
- Pengurusan dan penggunaan aset bagi memastikan keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor. Antaranya ialah penggunaan lori-lori kompaktor dan RORO baru buatan jenama terkemuka Jepun yang dilengkapi dengan pelbagai gajet dan sistem pemantauan terkini seperti:-
-
Apakah pelan jangka masa pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu longgokan sampah?
Pelan jangka masa pendek dalam menyelesaikan isu longgokan sampah seperti di bahu jalan dan di kawasan hot spot sampah adalah:-
- PBT akan mengarahkan kontraktor untuk menambah jadual kutipan sampah daripada jadual kutipan biasa setiap kali tiba musim perayaan bagi mengelakkan sampah yang meningkat secara mendadak dapat dikutip dan tidak terbiar;
- PBT juga menyediakan tong RORO di kawasan perumahan yang difikirkan sesuai bagi tujuan pembuangan barang perabot yang tidak digunakan atau rosak oleh penduduk; dan
- PBT juga telah mengagihkan tong sampah secara percuma kepada penduduk terutamanya perumahan-perumahan lama yang tidak mempunyai kebuk sampah dan dikenali sebagai kawasan hot spot
Manakala pelan jangka masa panjang dalam menyelesaikan isu longgokan sampah di bahu jalan di kawasan hot spot sampah adalah:-
- Pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor oleh KDEBWM meliputi kawasan kampung dengan menempatkan tong sampah secara berpusat bagi memudahkan kerja-kerja kutipan;
- PBT mengenakan syarat penyediaan tong sampah dalam permohonan syarat lesen bagi premis-premis perniagaan atau komersil. PBT akan melaksanakan operasi pemeriksaan tong sampah di setiap premis
perniagaan bagi tujuan untuk memastikan setiap pemilik premis perniagaan berlesen menjaga kebersihan dan kawasan persekitaran premis dengan menyediakan tong sampah.
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk memperbaiki mutu pengurusan sampah pada tahun 2019.
Jumlah peruntukan yang diperuntukkan oleh PBT Negeri Selangor untuk memperbaiki mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun 2019 adalah berjumlah RM509.49 juta di mana sebanyak 73 juta bagi kutipan sisa pepejal dan RM268.76 juta bagi pembersihan awam. Maklumat terperinci peruntukan mengikut PBT adalah seperti berikut:-