Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
201) PERTAMBAHAN PERUNTUKAN DUN UNTUK KAWASAN YANG ADA KENAIKAN LUARBIASA JUMLAH PENGUNDI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Disebabkan persempadanan semula sempadan DUN yang tidak adil, maka terdapat kawasan dengan jumlah pengundi yang luarbiasa, seperti di DUN Subang Jaya, Bukit Lanjan dan Kinrara. Apa yang harus dibuat oleh Kerajaan untuk mengurangkan jurang dari segi belanjawan dan peruntukan negeri?
Kerajaan Negeri mengambil maklum dan sedang dalam pertimbangan meneliti semula agihan peruntukan Kerajaan Negeri iaitu peruntukan pembangunan Perkhidmatan Masyarakat yang disediakan kepada Ahli Dewan Negeri Selangor yang menerima impak langsung kepada persempadanan semula kawasan Dewan Negeri tersebut. Keputusan kertas pertimbangan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) akan dimaklumkan setelah ia diluluskan dan ia dipertimbangkan berdasarkan belanja pembangunan tahun 2019 yang telah dibincangkan.