Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

192) KILANG PLASTIK HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kilang plastik haram di Selangor mengikut PBT

    Jumlah kilang plastik haram yang telah dikenal pasti oleh PBT adalah sebanyak 111 buah kilang yang merangkumi tiga (3) buah PBT sahaja iaitu:-

    • Majlis Perbandaran Klang (MPK) – 66 buah kilang;
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS – 12 buah kilang; dan
    • Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – 33 buah kilang

     

  2. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kilang haram ini?

    PBT telah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007. Antara tindakan yang diambil adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.