Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
173) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa peluang-peluang pekerjaan anak-anak tempatan tidak di anak tirikan oleh pekerja-pekerja asing?
Buat masa ini, tiada perancangan atau dasar Kerajaan Negeri yang khusus untuk memastikan pekerja (terutama swasta) terbela jika terdapat penganiayaan oleh majikan-majikan. Namun begitu, pekerja-pekerja swasta yang teraniaya boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk maklumat dan tindakan selanjutnya.