Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
172) HASIL KAJIAN JETI-JETI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam pembangunan jeti-jeti di Negeri Selangor?
Berdasarkan Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor yang dijalankan, Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor telah diwujudkan. Pelan tindakan tersebut merangkumi:
- Penutupan, penambahbaikan atau menaiktaraf serta pengurangan jeti berdasarkan lokasi dan persekitaran;
- Menghadkan bilangan jeti yang diperlukan di sesebuah kawasan;
- Menyelesaikan isu jeti melalui strategi melibatkan:
- Penggunaan tanah
- Pemilikan jeti
- Had bilangan bot dan nelayan
- Saiz jeti
- Kesesakan bot dan sampan
- Lokasi
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas jeti-jeti di kawasan Port Limit yang didirikan di atas tanah Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri melalui LUAS sedang menjalankan Kajian Kepenggunaan Jeti Komersil dan Mod Pengangkutan di Sungai Langat dan Sungai Klang. Kajian yang dijalankan di dalam peringkat laporan draf
Kajian ini disasarkan untuk menyediakan pelan pembangunan jeti komersial di Sungai Langat dan Sungai Klang yang merangkumi:
- kepenggunaan jeti serta kebolehupayaan mod pengangkutan darat dan air dalam memenuhi keperluan ekonomi dan perindustrian semasa dan pada masa hadapan;
- Kaedah/pendekatan terbaik dalam pengurusan/pembangunan jeti komersial di Sungai Langat dan Sungai Klang; dan
- Semakan dan cadangan had bilangan jeti berdasarkan keupayaan sungai.