Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
170) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini biasiswa Menteri Besar?
Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar telah dilaksanakan bermula tahun 2017 setelah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Oktober Biasiswa ini telah diteruskan pada tahun 2018 dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun 2019 dengan beberapa cadangan penambahbaikan dasar.
-
Nyatakan jumlah penerima biasiswa dari 2016-2018.
Jumlah penerima mengikut pecahan tahun adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Penerima 2016 Tidak berkaitan 2017 20 2018 14 -
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2016-2018.
Jumlah permohonan yang ditolak adalah seperti jadual di bawah:
Tahun Jumlah Permohonan Ditolak 2016 Tidak berkaitan 2017 50 2018 43