Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
145) SKIM SEWA BELI RUMAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Akibat kesukaran pinjaman,apakah Kerajaan Selangor bersedia untuk mengadakan skim sewa beli perumahan Negeri Selangor dan dikembangkan kepada projek perumahan lain?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada masa ini melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sedang mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan pihak Maybank Berhad bagi mewujudkan satu skim sewa milik khususnya untuk pembeli Rumah Selangorku di Negeri Selangor. Secara langsung, skim ini dapat membantu golongan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah RM 10,000-00 sebulan ke bawah untuk memiliki kediaman Mampu Milik atau Rumah Selangorku. Dengan ini, Kerajaan Negeri mampu memastikan sasaran menyediakan 30,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh 5 tahun dapat dicapai dengan lancar sejajar dengan penyediaan pinjaman perumahan yang lebih mudah dan fleksibel. Sehubungan dengan itu, perkara ini masih di peringkat perbincangan awalan dan memerlukan penelitian daripada semua pihak terlibat bagi memastikan mekanisma pelaksanaan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mencapai objektif yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.