Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
140) KEDAI MESIN JUDI HARAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membendung kegiatan kedai mesin judi haram di dalam Negeri ini?
Antara inisiatif Kerajaan Negeri bagi membendung kegiatan kedai mesin judi haram di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasan yang berterusan ke atas premis-premis perniagaan di kawasan masing-masing. Sekiranya aktiviti perjudian secara haram dapat dikesan di mana-mana premis perniagaan, PBT akan mengambil tindakan di bawah:-
i)Undang-Undang Kecil Tred Dan Perniagaan 2007;
- Akta Rumah Rumah Judi Terbuka 1953; dan
- Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Negeri Selangor.
- Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor juga melaksanakan tindakan pantas melalui pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu dan serta merta bersama-sama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan terhadap pengusaha yang menyalahgunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga / premis untuk tujuan
- Selain itu, lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang didapati disalah gunakan sebagai pusat perjudian akan dibatalkan dan premis tersebut akan ditutup dari beroperasi.
- Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang menyemak Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1995 (Pindaan) 1998 dan (Pindaan) 2001 untuk ditambah baik agar selari dengan undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953, Akta Pertaruhan Pool 1967 atau Akta Loteri 1952.
-
Berikan statistik serbuan kedai mesin judi haram yang telah dilakukan sehingga kini.
Sehingga bulan Oktober 2018, jumlah keseluruhan serbuan kedai mesin judi haram yang telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di Negeri Selangor adalah sebanyak 1354 serbuan. Perincian statistik serbuan mengikut daerah adalah seperti Lampiran A.