Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

134) LAMPU JALAN RAYA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk menerangi balik kawasan yang gelap?

    Pihak konsesi JKR Negeri sentiasa melaksanakan rondaan dan mengambil tindakan segera bagi aduan yang diterima. Kawasan Ijok sering mengalami isu banyak lampu jalan yang tidak berfungsi disebabkan oleh kegiatan mencuri kabel yang sering terjadi. Walau bagaimanapun, pihak JKR sentiasa mengambil tindakan membaikpulih lampu jalan yang rosak serta sentiasa berusaha memantau persektaran bagi mengelakkan kejadian berulang.

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk ceburi kaedah energy solar untuk terangkan kawasan perkampungan?

    Melalui Pelan tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor yang dirangka bagi pelaksanaan pada tahun 2015-2018, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada 8 tindakan utama yang telah di kenalpasti dimana satu daripadanya adalah pemasangan bumbung solar di projek perumahan selangorku

    Pada tahun ini, Kerajaan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah melaksanakan Projek Perintis Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Photovoltaic) di Kampung Orang Asli Sungai Relang yang melibatkan kos sebanyak RM439,200.00. Kerajaan Negeri buat masa ini belum bercadang untuk melaksanakan pemasangan solar di semua kawasan kampung di Negeri Selangor kerana ianya memerlukan peruntukan kewangan yang besar sekiranya hendak dilaksanakan.

    Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu kampung- kampung yang mempunyai keperluan mendesak terhadap tenaga elektrik seperti Kampung Orang Asli yang masih tidak mempunyai tenaga elektrik sehingga kini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.