Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

121) BAS SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hala tuju Bas Selangor dalam gambar pengangkutan awam bagi negeri Selangor memandangkan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan?

    Bas Smart Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kesalinghubungan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dan inisiatif ini turut disokong oleh Kerajaan Pusat terkini dengan menjadikan Negeri Selangor sebagai contoh yang perlu diikuti negeri-negeri lain untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma. Oleh yang demikian, perkhidmatan bas ini masih akan diteruskan bagi memastikan connectivity di antara pengangkutan awam  lain seperti MRT, LRT, BRT dan Komuter. Dengan kerjasama yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ini dijangka akan memberi kesan positif terhadap jaringan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas serta connectivity laluan dengan pelaksanaan projek-projek pengangkutan yang lebih bermanfaat kepada Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor akan melihat keperluan yang lebih penting dalam merealisasikan sasaran untuk mencapai nisbah 60 peratus pengangkutan awam berbanding 40 peratus kenderaan persendirian menjelang tahun 2035. Bagi tujuan ini, kajian pengangkutan di setiap kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor hendaklah dilaksanakan untuk melihat jurang pengangkutan yang perlu diperbaiki mahupun ditambah baik pada masa hadapan serta mengenalpasti sistem pengangkutan yang cekap bagi mengelakkan berlakunya missing link dalam connectivity pengangkutan awam. Selain daripada itu, nilai tambah yang dicadangkan untuk Bas Smart Selangor akan diperhalusi dengan pelaksanaan

    kajian terhadap perkhidmatan dan penerimaan pengguna bagi merangka perancangan jangka panjang yang lebih baik dalam mengurangkan kos serta kebergantungan kepada Kerajaan Negeri.

  2. Apakah pelan pengangkutan awam bagi Negeri Selangor yang akan dilaksanakan dalam 5 tahun ini?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.