Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

117) TONG SAMPAH DI LUAR DAN DALAM KAWASAN SELIAAN PBT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperluaskan penyediaan Tong-tong sampah besi di kawasan-kawasan tertentu di luar kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana yang ada sekarang?

    Pelaksanaan penyediaan tong-tong sampah jenis besi di kawasan-kawasan tertentu di luar kawasan seliaan PBT dilihat dapat mengurangkan isu sampah longgok yang dibuang di tepi jalan seperti di jalan-jalan kampung tradisi, kampung bagan dan hot-spot Sehubungan dengan itu, penyediaan tong sampah tersebut adalah akan diperluaskan dan akan diletakkan secara berpusat mengikut kawasan zon kutipan sampah yang dilaksanakan oleh kontraktor kutipan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) atau kontraktor lantikan PBT sendiri. Walau bagaimanapun, penyediaan tong sampah tersebut akan diperluaskan secara berperingkat dan bergantung kepada kemampuan peruntukan/bajet kewangan PBT masing-masing.

  2. Berapa jumlah kos yang digunakan untuk tujuan tersebut mengikut setiap kerajaan tempatan yang ada di Selangor?

    Jumlah kos yang dibelanjakan untuk menyediakan tong sampah besi oleh PBT adalah sebanyak RM3,219,174.00.


     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.