Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

115) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembaikan paip air lama di Selangor?

    Air Selangor telah menganugerahkan 20 pakej penggantian paip air lama di 84 kawasan melibatkan jajaran paip sepanjang 435.29 km. 19 kawasan telah pun siap sepenuhnya manakala kerja-kerja penggantian di enam puluh (65) kawasan masih berjalan dan akan siap secara berperingkat.

  2. Apakah status pembaikan paip air lama di 84 "hotspot" terdahulu yang telah dikenalpasti?

    Status terkini projek penggantian paip bagi 84 hotspots adalah seperti berikut :-




  3. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula senarai "hotspot"?

    Senarai ‘hotspot’ akan dikaji dari masa ke semasa dan perancangan serta perlaksanaan penggantian paip adalah berdasarkan kepada keutamaan dan kemampuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.